No. 6 ialah sebuah novel bahasa Jepun yang ditulis oleh Atsuko Asano dan diterbitkan oleh syarikat penerbitan Kodansha bermula Oktober 2003 hingga Jun 2011. Novel ini begitu mendapat sambutan dan versi komik diterbitkan bermula Mac 2011 dan dijadikan versi anime bermula Julai 2011.
SINOPSIS:
No. 6 bermula apabila seorang budak lelaki bernama Sion yang dibesarkan di dalam persekitaran elit dan mendapat segala kemudahan dalam sebuah kawasan elit bernama Chronos di sebuah negara bernama No.6 memberi perlindungan kepada seorang lagi budak lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya dengan nama Nezumi (bermaksud 'tikus' dalam bahasa Jepun) pada malam hari jadinya yang ke 12. Mengetahui Nezumi ialah seorang pelarian dan sedang diburu pihak berkuasa No. 6, Sion amat berminat dengan Nezumi, mengubat luka tembakannya dan membiarkan Nezumi bermalam di biliknya untuk semalaman. Walaubagaimanapun, Nezumi menghilangkan diri keesokan harinya dan pihak berkuasa No. 6 akhirnya mengetahuinya dan melucutkan taraf elit Sion dan ibunya dan akhirnya dia dipindahkan keluar dari kawasan Chronos. Empat tahun kemudian, Nezumi dan Sion bertemu semula dalam keadaan yang kurang menyenangkan, namun kali ini Nezumi pula menjadi penyelamat kepada Sion yang ditangkap oleh pihak berkuasa No. 6 atas tuduhan membunuh dan memberontak kerajaan. Sion terpaksa meninggalkan ibu dan kehidupan lamanya sebagai warganegara No. 6 dan sedikit demi sedikit dia mula mengetahui rahsia di sebalik No. 6.
Saya akan cuba sedaya-upaya membuat terjemahan novel No.6 ke bahasa Melayu setepat yang mungkin. Novel ini mempunyai 11 volume dan setiap volume ada 4-5 bab. Setiap bab, saya akan bahagikan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan terjemahan saya dan saya akan cuba update sekurang-kurangnya satu entri seminggu. Saya juga akan membuat entri tentang watak-watak No.6 dan review setiap episod anime nya serta perbezaan antara versi anime dan novelnya.
Komen-komen anda amat-amat dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment